Wikidata:Pengguna yang disekat

This page is a translated version of the page Wikidata:Blocked users and the translation is 100% complete.

Pengguna yang disekat tidak boleh menyunting atau memindahkan halaman dan melakukan tindakan lain yang memerlukan hak pengguna tambahan. Penyelia atau pengguna lain yang mempunyai capaian antara muka sekatan dan nyahsekatan tidak boleh menyekat atau menyahsekat pengguna lain (kecuali diri mereka sendiri) semasa disekat.

Pengguna yang disekat masih boleh melihat dan menyunting senarai pantau mereka serta menyunting laman perbincangan pengguna mereka dan/atau menghantar e-mel dengan menggunakan Special:EmailUser (akaun berdaftar sahaja) melainkan secara khusus tidak dibenarkan. Penyelia dan pengelola boleh menyekat pengguna (tidak berdaftar atau dilog masuk).

Dasar penyekatan

Menurut dasar penyekatan, terdapat banyak sebab seseorang pengguna itu mungkin disekat, di mana prinsip asasnya adalah untuk mengelakkan gangguan kepada projek.