Wikidata:Perang sunting

This page is a translated version of the page Wikidata:Edit warring and the translation is 100% complete.

Perang sunting ialah pembalikan berulang suntingan yang sama oleh berbilang pengguna. Perang sunting yang berlaku secara berterusan dapat diatasi dengan melindungi halaman. Perang sunting yang berterusan atau perang sunting pada pelbagai halaman boleh ditangani dengan sekatan. Pihak penyelia seharusnya tidak berat sebelah, tetapi boleh mengambil kira keterukan perang sunting dan sekatan sebelumnya untuk perilaku yang serupa.

Pengecualian

  • Membalikkan laku musnah bukanlah perang sunting.
  • Membalikkan suntingan oleh penyunting yang disekat secara tempatan atau dilarang/disekat secara sejagat bukanlah perang sunting, tetapi juga tidak wajib.
  • Membalikkan pelanggaran yang jelas terhadap biografi orang hidup bukanlah perang sunting.
  • Pengguna yang membalikkan ruang nama mereka sendiri bukanlah perang sunting.
  • Mengeluarkan pelanggaran hak cipta atau kandungan haram lain (di Amerika Syarikat tempat pelayan dihoskan) bukanlah perang sunting.