Wikidata:Akaun ganti

This page is a translated version of the page Wikidata:Alternate accounts and the translation is 96% complete.

Walaupun para penyunting diharapkan untuk menggunakan satu akaun sahaja, terdapat beberapa sebab untuk mempunyai pelbagai akaun pengguna. Akaun-akaun tambahan tersebut dipanggil sebagai akaun ganti.

Gambaran keseluruhan

Penyunting diharapkan membuat suntingan daripada satu akaun yang digunakan oleh seorang sahaja. Terdapat beberapa keadaan seperti yang disenaraikan di bawah, di mana mempunyai akaun ganti dianggap boleh diterima. Akaun-akaun ganti mungkin memiliki nama yang tidak menunjukkan bahawa ia adalah akaun ganti dengan serta-merta dan mungkin mempunyai nama yang tidak dikenal pasti secara langsung dengan akaun utama yang berkaitan, tetapi mereka mesti memautkan secara jelas ke akaun utama di laman pengguna mereka. Kesemua akaun ganti hendaklah diisytiharkan jika akaun utama itu mempunyai mana-mana kedudukan yang memerlukan perbincangan komuniti (bot, penyelia, birokrat, pemeriksa atau pengawas).

With the exception of the confirmed, IP block exempt, bot, flooder, property creator, and rollbacker user rights, editors may only have user rights and advanced permissions on their main account. If an editor is discovered to have user rights or advanced permissions such as translation administrator, administrator, bureaucrat, checkuser, or oversighter on more than one account that they control, it is grounds for immediate removal of those rights on all accounts that the editor controls. Wikimedia and WMDE staff accounts are not included in this section for the purposes of multiple accounts with advanced permissions; otherwise, the sole exception is that an administrator may operate an "adminbot" with the sysop flag on an alternate account after approval from the community according to the bot policy.

Penggunaan akaun ganti yang sah

Catatan: Senarai berikut bukanlah senarai yang lengkap dan menyeluruh. Kegunaan lain yang mungkin ada tetapi tidak disebutkan di bawah.
  • Keselamatan: Memandangkan komputer awam mungkin dipasang dengan trojan atau pencatat ketikan kekunci yang mencuri kata laluan, pengguna mungkin mendaftar suatu akaun ganti untuk menghalang perampasan akaun utama mereka.
  • Ujian dan latihan: Pengguna yang banyak menggunakan skrip dan alatan lain mungkin ingin menyimpan akaun kedua bagi menguji bagaimana sesuatu perkara itu dilihat oleh pengguna lain; atau untuk menunjukkan penampilan lalai Wikidata ketika melatih pengguna baru.
  • Akaun ganda: Akaun ganda merupakan akaun kedua yang dicipta dengan nama pengguna yang serupa dengan akaun utama seseorang untuk mencegah penyamaran. Akaun seperti ini tidak boleh digunakan untuk membuat suntingan.
  • Pembanjiran: Pengguna yang menjalankan suntingan manual atau separa automatik dengan jumlah yang tinggi dan sering menggunakan hak pembanjiran mungkin ingin membuat akaun kedua untuk melakukan tugas tersebut bagi tujuan organisasi.
  • Bot: Pengguna yang mengendalikan bot, atau skrip suntingan automatik perlu menjalankan bot dari akaun ganti.

Akaun ganti hendaklah diisytiharkan secara terbuka dan laman pengguna bagi akaun ganti itu mestilah dipautkan ke akaun utama secara jelas. Cara biasa untuk melakukannya adalah termaasuk melencongkan semula laman-laman pengguna dan perbincangan akaun ganti ke akaun utama, menggunakan templat seperti {{Bot}} yang menentukan akaun induk, atau meninggalkan pesanan pautan di bahagian atas laman pengguna. Jika akaun ganti tidak dipautkan dengan akaun utama, ia tidak akan dianggap sebagai akaun ganti yang sah.

Penggunaan akaun ganti yang tidak sah

Penggunaan pelbagai akaun pengguna Wikidata untuk tujuan yang tidak wajar yang dipanggil sebagai akaun boneka (sering kali disingkatkan sebagai "boneka"). Tujuan yang tidak wajar termasuklah cubaan untuk menipu dan memperdaya penyunting lain, menganggu perbincangan, memutar belit sepersetujuan, mengelak sekatan atau melanggar piawaian dan dasar komuniti yang lain.

  • Memanipulasi perbincangan: Cubaan untuk mempengaruhi hasil perbincangan melalui penggunaan berbilang akaun, tanpa mengira niat, tidak boleh diterima. Contoh penggunaan akaun ganti untuk memanipulasi perbincangan termasuklah menggunakan berbilang akaun untuk mengumpulkan undi, menggunakan akaun untuk membuat hujah kekeliruan lelaki jerami atau menggunakan akaun ganti untuk kelihatan seperti pihak ketiga atau pemerhati yang berkecuali.
  • Memintas penyungguhan atau sekatan: Akaun ganti, walaupun akaun ganti yang sah, tidak boleh digunakan untuk memintas sekatan atau batasan penyuntingan. Melainkan dinyatakan sebaliknya oleh penyelia yang meletakkan sekatan atau batasan, suatu sekatan atau batasan penyuntingan diberikan kepada akaun induk, tanpa mengira akaun yang mereka gunakan. Walaupun dasar penyekatan menyatakan bahawa dalam banyak kes, bot yang dikendalikan oleh pengguna yang disekat juga tidak akan disekat, menggunakan akaun bot untuk memintas sekatan pada akaun utama adalah tidak dibenarkan sama sekali. Secara jelas bahawa mencipta suatu akaun lebih dahulu untuk melakukan laku musnah atau gangguan, atau sebaliknya membuat suntingan secara tidak wajar atau berniat jahat dengan harapan akaun bahang itu tidak akan dikesan kembali kepada pengguna asal, adalah tidak boleh diterima.
  • Akaun yang tidak memberikan hasil: Kecuali akaun ganda, jangkaannya ialah akaun ganti akan digunakan untuk menyunting projek secara membina. Mencipta akaun sebagai suatu gurauan, atau mempunyai akaun ganti, walaupun tidak seserius seperti dua perkara di atas, masih dianggap sebagai penggunaan tidak sah akaun ganti.

Hendaklah diperhatikan juga bahawa dengan hanya melog keluar, atau sebaliknya menggunakan alamat IP dan bukannya akaun, untuk melakukan mana-mana perkara ini juga akan dianggap sebagai penggunaan yang tidak sah.

Menangani akaun yang tidak sah

Bagi kes di mana bukti perilaku tidak cukup jelas, satu siasatan dengan pihak Pemeriksa boleh dipohon di Wikidata:Permohonan pemeriksaan. Para penyelia juga boleh bergantung kepada hasil keputusan yang didedahkan oleh Pemeriksa di projek-projek lain seperti siasatan akaun boneka dan bukti perilaku dalam menentukan sama ada akaun pelbagai itu dikendalikan oleh orang yang sama.

Akaun ganti yang tidak sah hampir pasti disekat untuk selamanya. IP yang digunakan dalam kegiatan "boneka" secara umumnya disekat untuk suatu tempoh antara beberapa minggu hingga satu tahun kerana sekatan selamanya terhadap alamat IP adalah tidak digalakkan.

Bergantung pada keadaan, termasuklah tindakan apa yang diambil oleh akaun ganti yang tidak sah, sama ada ia merupakan kesalahan pertama atau tidak, para penyelia Wikidata boleh memilih untuk memberi amaran kepada pengendali akaun tidak sah, menyekat akaun utama untuk suatu tempoh masa tertentu atau selamanya, sebagai tambahan kepada sekatan tidak tentu bagi akaun ganti.