Wikidata:Dasar penyekatan

This page is a translated version of the page Wikidata:Blocking policy and the translation is 100% complete.

Halaman ini mengandungi dasar penyekatan di Wikidata. Secara teknikalnya, sectarian yang aktif pada suatu akan pengguna atau alamat IP melumpuhkan Kenyan akin dan alamat tersebut untuk menyunting di Wikidata. Suatu Akan pengguna atau alamat IP yang berada di dalam skating dikatakan sebagai pengguna yang disekat.

Penyelia boleh membuat skeleton kepada Akan pengguna atau alamat IP atas sebab-sebab berikut:

Para pengguna atau alamat IP tidak seharusnya disekat semata-mata kerana tingkah laku atau tindakan di projek lain. Walau bagaimanapun, jika terdapat akaun dengan sejarah salah laku antara wiki atau projek tunggal yang memaparkan tanda-tanda corak yang sama itu di Wikidata, mereka boleh disekat di sini tanpa corak salah guna tempatan.

Penyekatan tidak boleh dilanjutkan kepada mana-mana akaun bot diberi kebenaran yang dikendalikan oleh seseorang pengguna yang disekat jika dan hanya jika akaun yang disekat itu memenuhi semua kriteria di bawah:

  • Akaun utama pengguna tidak disekat selamanya.
  • Akaun bot hanya menjalankan tugas-tugas yang dibenarkan.
  • Sebab-sebab penyekatan tidak berkaitan dengan tugas-tugas bot.

Sementara para penyunting digalakkan untuk memberi amaran dan mendidik pengguna yang melakukan gangguan, amaran sama sekali tidak perlu bagi penyelia untuk melaksanakan sekatan. Para penyelia boleh, tetapi tidak perlu, menggunakan templat pelbagai bahasa {{Block}} untuk memberitahu seseorang pengguna itu mengenai penyekatan yang dikenakan kepada mereka.

Jika mana-mana sekatan atau nyahsekat itu menimbulkan tengkarah, perbincangan pendek hendaklah dimulakan melalui papan kenyataan penyelia tentang tindakan yang perlu diambil. Para penyelia harus mengambil kira kedua-dua sepersetujuan lalu yang telah ditetapkan berkaitan dengan sekatan terhadap pengguna dan sebarang dasar yang berkaitan dengan sekatan.

Permohonan sekatan

Pengguna boleh meminta sepada suatu akaun atau alamat IP untuk mana-mana sebab di atas di Wikidata:Administrators' noticeboard (jika akaun boneka terlibat dan Pemeriksaan diperlukan, sila ajukan permohonan di Wikidata:Requests for checkuser)