Wikidata:Pengenalan

This page is a translated version of the page Wikidata:Introduction and the translation is 100% complete.

Wikidata adalah sebuah pangkalan data sekunder yang bebas, kolaboratif dan berbilang bahasa. Ia mengumpulkan data berstruktur untuk menyediakan sokongan bagi Wikipedia, Wikimedia Commons, projek wiki pergerakan Wikimedia yang lain, serta sesiapa sahaja di seluruh dunia.

Apakah maksudnya?

Mari kita lihat pernyataan pembukaan di atas dengan lebih terperinci:

  • Bebas – Data dalam Wikidata diterbitkan di bawah Creative Commons Public Domain Dedication 1.0 yang membolehkan penggunaan semula data dalam ragam skenario yang berbeda. Anda boleh menyalin, mengubah suai, mengedar dan menggunakan data, walaupun untuk tujuan komersial, tanpa perlu mendapatkan izin.
  • Kolaboratif – Data dimasukkan dan dirawat oleh para penyunting Wikidata, yang menentukan aturan-aturan pembuatan dan pengurusan isi Wikidata. Bot-bot automatik juga berperan memasukkan data ke dalam Wikidata.
  • Multibahasa. Data di Wikidata dapat disunting dan digunakan dalam pelbagai bahasa. Data yang dimasukkan dalam bahasa apapun tetap dapat diakses dalam seluruh bahasa lainnya. Penyuntingan data dalam bahasa apapun juga boleh dilakukan dan malah dianjurkan untuk para penyumbang.
  • Pangakalan data sekunder – Wikidata bukan sahaja merekodkan pernyataan tetapi juga sumbernya dan hubungannya dengan pangkalan data yang lain. Ini mencerminkan kepelbagaian pengetahuan yang tersedia dan menyokong prinsip pengesahan.
  • Mengumpulkan data berstruktur – Mewujudkan organisasi berstruktur yang bertahap tinggi membenarkan penggunaan semula data yang mudah oleh projek-projek Wikimedia dan pihak-pihak ketiga dan membolehkan komputer untuk memproses dan "memahaminya".
  • Sokongan untuk wiki-wiki Wikimedia – Wikidata membantu Wikipedia dengan kotak-kotak info yang boleh dipelihara dengan mudah dan memautkannya ke dalam bahasa yang lain, lalu mengurangkan beban kerja penyuntingan sambil menambah baik mutu. Mengemas kini dalam sesuatu bahasa disediakan untuk semua bahasa yang lain.
  • Sesiapa sahaja di seluruh dunia. Sesiapa pun boleh menggunakan Wikidata untuk membina pengaturan aplikasi dan servis mereka.

Bagaimana Wikidata berfungsi?

 
Gambar rajah bagi suatu item Wikidata ini menunjukkan anda istilah-istilah yang paling penting dalam Wikidata.

Wikidata ialah suatu repositori storan pusat yang dapat dicapai oleh pihak lain seperti wiki-wiki yang disenggara oleh Yayasan Wikimedia. Kandungan dimuat secara dinamik dari Wikidata tidak perlu disenggara di setiap projek wiki berasingan. Sebagai contoh, statistik, tarikh, lokasi dan data sepunya lain dapai dipusatkan di Wikidata.

Repositori Wikidata

 
Item dan datanya adalah saling berhubungan.

Repositori Wikidata utamanya berisi butir-butir yang mempunyai label masing-masing, suatu penerangan, dan mungkin beberapa alias. Butiran-butiran tersebut mempunyai pengenalan unik dengan menggunakan awalan Q yang diikuti oleh bilangan, contohnya Sukarno (Q76127).

PPSpecial:MyLanguage/Help:PropertiesSpecial:MyLanguage/Help:Statements#Valueseducated at (P69)

Untuk manusia, anda boleh menambahkan atribut tentang tempat mereka belajar, dengan menspesifikasikan nilai bagi sekolah. Untuk bangunan, anda boleh menambahkan atribut koordinat geografi dengan menyatakan nilai latitud dan bujur. Atribut juga dapat dipautkan ke pangkalan data luaran. Atribut yang memautkan butiran ke pangkalan data luaran seperti yang digunakan oleh perpustakaan dan arkib, yang disebut sebagai penanda. Sementara itu, pautan tapak merupakan senarai kandungan-kandungan yang berkaitan dengan butir di projek-projek Wikimedia seperti Wikipedia, Wikibooks, atau Wikiquote.

Semua maklumat ini boleh ditampilkan dalam mana-mana bahasa, walaupun data berasal dalam bahasa yang berbeza. Apabila mengakses nilai-nilai ini, pelanggan wiki akan menunjukkan data terkini.

Butiran Sifat Nilai
Q42 P69 Q691283
Douglas Adams educated at St John's College

Bekerja dengan Wikidata

Terdapat beberapa cara untuk mencapai Wikidata dengan menggunakan alatan yang terbina dalam, alatan luar atau antara muka pengaturcaraan.

Di mana hendak memulakannya

Jelajah Wikidata, direka untuk para pengguna baru, merupakan tempat terbaik untuk mempelajari lebih banyak perkara mengenai Wikidata.

Beberapa pautan untuk memulakan:

Bagaimana boleh anda sertai?

Teruskan dan mula menyunting. Menyunting ialah langkah terbaik untuk mempelajari struktur dan konsep Wikidata. Jika anda ingin memahami konsep Wikidata terlebih dahulu, anda boleh lihat di laman bantuan. Jika anda ada soalan, jangan segan menyoalkannya di bual projek atau hubungi pasukan pembangunan.

Lihat juga